|
Baja srbajadi 38 pula sesuai untuk melebatkan buah.
Ia mengandungi bahan sodum, iaitu unsur peting yang
menentukan kandungan gula paling tinggi dalam buah-buahan.
Baja ini juga mendorong pokok untuk menghasilkan lebih
banyak buah bermutu, di samping menambah ukuran dan
warna buah.
Untuk
baja serbajadi organik kelawar, YMWOO Corporation memproses
hasil buangan kelawar yang mengandungi bahan nitrogen,
posferus, potasium dan zat makanan, menjadi baja. Ia
boleh menggalakkan pertumbuhan pada tumbuhan berdaun,
pokok berbunga, buah-buahan serta sayuran.
Memasarkan
lebih 100 keluaran berasaskan baja kimia dan baja organik,
benih pokok, barangan penjagaan taman serta peealatan
pertanian di dalam negara, YMWOO Corporation turut mengeksport
keluarannya ke Singapora dan Brunei.
Sejajar
saranan kerajaan yang menggalakan masyarakat di negara
ini menanam sayuran untuk kegunaan sendiri, YMWOO Corporation
Sdn Bhd kini giat mengedarkan keluaran terbarunya, iaitu
peralatan hidroponik.
Sama
ada untuk tujuan pertanian secara meluas atau kegunaan
sendiri, peralatan hirdoponik ini dijual secara pakej
mengandungi takung hidroponik yang mengandungi takung
hidroponik yang bergantung kepada sistem akar pokok;
penutup takung berlubang yang menjadi bekas tanaman;
bakul media atau bekas tanaman; benang media yang menyalurkan
air kepada benih dan benih.
|